Friday, 27 September 2013

PUFF KENTANG

Assalamualaikum Gegurls...

Sompek lagi ha nak godek blog ni sebelum bersiap-siap untuk gathering kita potang ni. Memang tak sabar dah ni ha...tapi sebelum tu jom layan pastry yang Pineh buat ni ye...Selalu gak buat pastry coz anak-anak and ayah anak menyukainya...Ini pun Pineh copy dari blog Pineh. Maleh lah nak salin balik...


PUFF KENTANG



Saya ni masih lagi tak berkesempatan untuk update entri setiap hari. Tapi tak pe, saya nak berkongsi tentang puff kentang yang saya buat . Senang je buatnya..saya gunakan pastri puff jenama kawan dan intinya saya buat seperti inti karipap je..

Puff Kentang

1 paket pastri puff jenama KAWAN
1 biji kuning telur - untuk disapu
3 biji kentang - didadu
2 sudu rempah kari
1 cawan ayam kisar (saya guna jenama RAMLY)
1 biji bawang besar - dihiris
2 tangkai daun sup - dihiris
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis dan cengkih)

 Untuk buat intinya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah tumis dan rempah kari. 
2. Setelah garing, masukkan daging ayam kisar, bawang, kentang
    dan tambahkan sedikit air.
3. Masak sehingga kentang empuk.
4. Kemudian masukkan daun sup dan daun kari( saya tak letak pun)
5. Apabila kentang sudah empuk. Tutup api dan sejukkan.




Pastri puff jenama KAWAN



Letakkan isi kentang tadi



Saya buat bentuk tiga segi pulak kali ni


Tekan tepi puff dengan garfu untuk menutupnya


Untuk buat puff:
1. Ambil sekeping puff pastri.
2. Letakkan inti kentang tadi dan 
    bolehlah dibentukkan 
    mengikut kesukaan masing-
    masing.
3. Saya buat bentuk triangle 
    pulak kali ni.
4. Sapukan permukaan puff   
    dengan kuning telur.                 Sapukan dengan kuning telur.

5. Bakar 20 minit dengan suhu 
    150C.

Model tudung ZIZI Gegurls...

comey-comey semuanya...


Puteri Aina yang sentiasa ceria walau dalam apa keadaan pun.. stay strong princess...


Fazana Sifu Ona.. yang gojessss.... nanti share tips lagi kay..




Norhazlina Gina yang cool beb... 


Azeem yang.. apa ek??.. haha


Madam Loyar Sarah yang Hangat.. hehe..



Jazila Zizi yang vogue... murah hati bagi tudung2 tu kat we allszz...


Rosilawati Shilot yang ayu..



Roshida Ayang yang cute..

Rosnida Oni.. yang comel..

thanx Zizi...

Monday, 23 September 2013

Alhamdulillah... selesai sudah our mini reunion...

best kan jumpa ramai-ramai semalam.. i think everybody had a great time yesterday...

Next time..kita boleh propose untuk bermalam atau go vacation ke mana2 lak kay... 

Kita doakan Madam Sarah sihat untuk meneruskan tugas-tugas sebagai ketua Organizer kita nanti.. 

boleh laa slot in pengisian2 yg bermanfaat untuk kita gegurls ye..

kat link ni ada banyak gambar-gambar semalam... ada banyak penyumbang kepada gambar2 ni.. eg.. Misah...Anoi..Zizi... Shila... dll ..

https://www.facebook.com/norazimah.nordin/media_set?set=a.10201080585430966.1073741851.1058385363&type=1





Semoga persahabatan kita kekal selamanya..

Friday, 20 September 2013

DAGING GORENG BUTTER BLACK PEPPER

ni ada link to my blog... maleh nak paste kat sini.. browse jer lah kay...





http://norazimahn.blogspot.com/2013/03/daging-butter-black-pepper.html


MEXICAN BUN


                                                          

Ini adalah antara roti kegemaran anak-anak Pineh...memang selalu dibuat dan sedap.

 Yang ini ialah Mexican Bun yang Pineh buat  dengan merujuk kepada blog Kak Ina KL. Memang sedap betul roti ni, ala ala Papa Roti tau. Bila dibakar tu baunya semerbak, satu rumah berbau harum kerana coffee yang digunakan tu. 

     Roti ni memang sedap dan kalau kami ke Jusco tu memang akan membeli Papa Roti yang dijual. So, bila dah tahu buat ni lain kali tak perlu beli lagi.

     Mexican Bun ni memang sedap dan mendapat sambutan dari hubby dan anak-anak. Maid  pun siap salin resepinya, dia kata mana lah tahu kok satu hari nak buat pulak.

Jom kita layan resepinya...

Mexican Bun
Resepi asal: KakInaKl
Olahan : nazreen

Bahan-bahan:
A - Inti
      200 gram mentega
      1/2 sudu teh esen vanilla
      70 g gula perang 

  1. Pukul mentega
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang
  3. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulat-bulatkan.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
   * Saya tak buat langkah 3. Saya terus masukkan dalam fridge tanpa dibulat-bulatkan.


Ini adalah bahan-bahan untuk membuat intinya.


Sedia untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

B - Topping
     200 gram mentega
     160 gram gula icing
     3 biji telur
     1 sudu teh perisa kopi ( saya guna nescafe 3 in 1)
     200 gram tepung gandum

  1. Putar mentega dan gula icing.
  2. Masukkan telur.
  3. Campurkan bancuhan nescafe.
  4. Masukkan tepung.
  5. Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.
   * Topping ni agak banyak tau, so lain kali bolehlah dikurangkan.


Ini pula bahan-bahan untuk topping.


Topping yang telah siap dimasukkan ke dalam piping bag dan disimpan dalam peti sejuk.

C - Doh
     500 gram tepung roti
      20 gram susu tepung
      2 sudu teh bread improver
      2 sudu teh bread softener
     75 gram gula kastor
      1 biji telur
     3 sudu teh yis segera
     270 ml air
      60 gram mentega
      sedikit garam

  1. Gaul rata tepung bersama susu tepung, bread improver, gula dan 
      garam.
  2. Campurkan yis, bread softener dan gaul rata.
  3. Campurkan telur dan air.


  4. Uli adunan tadi dan dicampurkan mentega.
  5. Uli sehingga doh lembut dan licin. (Saya uli lebih kurang dalam 
      20 minit)

Doh yang telah diuli

  6. Bahagikan doh kepada bebola kecil (55 gram setiap satu)


Bahagikan doh kepada bebola kecil.


Biarkan doh naik 

  7. Biarkan doh naik dua kali ganda.
  8. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh dan uli seketika.
  9. Leperkan doh dan letakkan inti tadi. Tutup semula.

Letakkan inti ditengah-tengah doh dan tutup semula.

 10. Susun atas dulang pembakar. 



 11. Rehatkan 45 minit.
 12. Pipekan topping atas bun secara spiral bermula dari tengah.


Pipekan topping atas bun secara spiral.

 13. Bakar 25 minit dengan suhu 170C. (Saya punya mexican bun ni 
       tergelap sikit, maybe suhunya panas kot)


Sewaktu dibakar, toppingnya tu mencair dan berbau sangat harum.


Mexican bun saya yang telah siap dibakar. Memang sedap dan berbaloi membuatnya. Jemput makan

KEK LOBAK MERAH





Gegurls sayang, resepi ni i copy dari blog i  


Nak menaip semula maleh lah....

Jika u all ada masa jenguk-jenguklah blog Pineh ye...


Kek lobak merah

2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
11/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya gunakan 1  st aje)
4 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan walnut - saya panggang dan cincang
1 biji parutan kulit lemon ( saya tak letak yang ni)
21/2 cawan karot diparut. 

1. Panaskan oven 180C.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder, soda
  bikarbonat, garam dan serbuk kulit kayu manis. Gaul rata gunakan
  whisk.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan ye..



Bahan-bahan kering yang telah disatukan

3. Dalam bekas yang lain pula, pukul telur sehingga kembang dan
   dicampurkan gula kastor. Pukul seketika.


Telur yang telah dipukul kembang.


Campurkan gula
4. Kemudian campurkan minyak, esen vanilla dan tepung sedikit-
    sedikit.
5. Campurkan lobak parut dan walnut. Gaul rata.


  campurkan lobak merah parut


Setelah dicampurkan walnut

6. Masukkan adunan 3/4 penuh dalam acuan cup cake.


Setelah dimasukkan ke dalam oven

7. Bakar 45 minit selama 30 minit.


Tengok tu...kek dah naik kembang


Setelah diletakkan cream cheese dan hiasannya 


Gebu kan kek lobak merah  ni..Jomlah jemput...

8. Dah masak, sejukkan dan boleh hias dengan cream cheese 
    frosting.