Wednesday, 30 October 2013

APAM BALIK JEMPOL





Resepi apam balik ni Pineh buat lama dah dan copy dari blog i. 
Memang sedap dan gebu gebana. Gegurls kena try tau...

 APAM BALIK JEMPOL
(Sumber : AzieKitchen)

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
kacang tanah - goreng dan dikisar kasar
jagung krim dalam tin
chocolate rice

Caranya:

1. Pukul gula dan telur hingga gebu. Masukkan esen vanilla.
2. Campurkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan
    baking powder.
3. Masukkan dalam blender dan kisar sebentar.
4. Ambil satu senduk adunan dan tuang dalam kuali non-stick. 
5. Apabila nampak adunan dan timbul lubang2, boleh taburkan gula pasir. 
   Biarkan sebentar dan bolehlah ditaburkan jagung manis atau chocolate rice.
6. Lipat dua apam balik itu dan angkat apabila telah benar-benar masak.

   Api tidak perlu besar kerana nanti bahagian bawahnya hangus.






Adunan yang telah diblender.

Letak satu senduk adunan dalam kuali non-stick dengan api yang perlahan.




Taburkan sedikit gula atas adunan.



Taburkan pula kacang kisar tadi.



Taburkan jagung manis/krim.



Boleh juga ditaburkan chocolate rice sebagai intinya jika suka.





So, inilah dia apam balik cubaan pertama saya. Sedap dimakan panas-panas.

Tuesday, 29 October 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE




   Moist Chocolate Cake ni adalah resepi yang telah lama saya gunakan jika nak buat kek coklat. Memang digemari oleh family. In fact pernah juga mendapat tempahan dari rakan-rakan di pejabat terutamanya menjelang Hari Raya. Resepinya saya perolehi dari seorang kawan lama. 
    Kali ni saya buat kek ni untuk Birthday my hubby yang ke 44 tahun. Walaupun agak lambat membuatnya, kami dah sambut dah pada 1 Februari yang lalu. Selamat Hari Lahir sayang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih atas segala-galanya. 
        Bahan untuk kek ni pun mudah aje...

Bahan-bahan:-
A - 250 g mentega
      330 g gula kastor
       6 biji telur
       220 g tepung gandum
       1 sudu teh baking powder
       1 sudu teh soda bikarbonat
       1 sudu teh esen vanilla

B  - 50 g serbuk koko
       50 g gula kastor
       3/4 cawan air 
        - semua bahan dimasak atas api yang kecil sehingga pekat.

C  - 50 g butter
       50 g serbuk koko
       3 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu dimasukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Campurkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
    dan soda bikarbonat. Gaul rata.
4. Campurkan pula bahan B yang telah disejukkan tadi. Gaul rata
5. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit
     mentega.
6. Bakar 45 minit dengan suhu 180C.
7. Untuk membuat topping, campurkan semua bahan C dan masak
    atas api perlahan sehingga pekat.
8. Apabila kek telah sejuk, bolehlah disapukan topping tadi dan hias 
    mengikut kreativiti masing-masing.


Monday, 28 October 2013

Lasagna ala Nor


BAHAN:
SOS MERAH (RED SAUCE)

Bawang Besar 5 biji - potong dadu..
Bawang Putih 5 ulas - tumbuk
Cili Blender - ikut suka.. saya suka bubuh 3 sudu besar je..
Daging lembu/Ayam Cincang (Minced) 1 kg
Tomato - 7 biji - potong dadu
Capsicum - 2 biji - Potong dadu..
Button Mushroom (fresh) - potong dadu 
tomato puree kimball - 1 tin kecil
1 tin Campbell soup - Chicken Mushroom
tomato sos - 4 sudu makan
garam, gula,
oregano, italian spices (Mc Cormick).. satu sudu kecil

Lasagna 1 kotak
Cheese..cheddar ..mozzarella (for topping)

Cara:
panaskan minyak 5 sudu besar..
Tumis bawang sampai layu, masukkan bahan2 lain ikut turutan bahan2 tadi..masukkan air sedikit kalau nampak pekat..
Masak sampai mendidih dan sayur2an lembut.. kalau nampak pekat tambah air dalm 3 cawan..

SOS PUTIH (White Sauce)

2 sudu besar Butter
2 sudu besar Tepung gandum
1 and a half liter Susu "fresh milk"..dutch lady pun boleh..full cream tau..
cheese sedikit..

cara.:

cairkan butter..masukkan tepung..kacau..kalau bergentel ..tak pe..kacau sampai sebati ..jaga2 jangan hangus..kecikkan api..

masukkan sedikit susu dulu..kacau..nampak pekat..masukkan lagi susu..kacau..sampai habis susu..
konsistensi sauce..pekat..bila di angkat dengan sudu..ia melekat sedikit pada sudu..

masukkan cheese, garam sedikit,, lada hitam sikit..rasa kemasinannya..kacau sampai pekat..kalau pekat sangat ..boleh tambah susu lagi..

Cara-cara penyediaan:

sediakan bekas..kalau boleh rectangular shape..

1. masukkan red sos..white sos..(sedikit2 dulu)
2. Letak kepingan lasagna (Pasta)..kalau bekas besar..penuhkan ruang bekas itu..
3. Masukkan lapisan kedua sos merah and putih..(sedikit..tetapi menutupi lasagna..)
4. Letakkan lapisan kedua kepingan lasagna..
5. lapisan akhir sos merah..dan sos putih..(Biar putih lebih sikit)
6. Taburkan Mozzarella cheese campur cheddar..
7. bakar dalam oven - 250 degrees celcius..





Thursday, 10 October 2013

inti Curry Puff...


Inti ni tambah cheddar cheese ikut suka, kari ikan 2 sudu besar.. serbuk nutmeg 1 sudu teh... yang lain..macam resepi shafinaz gak... minus daun sup n daun kari...