Friday, 6 June 2014

NASI GORENG TOMYAM


Assalamualaikum,

Malas telah mula menghantui diri kerana sibuk dengan thesis saya. Tapi kesempatan untuk memasak bagi hidangan suami dan anak-anak tidak diabaikan. Cuma kali ni masak yang simple-simple jer lah... Jom kita layan resepi Nasi Goreng Tomyam saya yang mudah tetapi sedap bagi saya dan keluarga.


Inilah bahan-bahan yang saya gunakan. Antaranya ialah mixed-vege, daun limau purut, beberapa tangkai cili padi, 2 biji telur ayam, fish ball, dada ayam yang dicincang kecil, udang putih, bawang putih dan bawang merah yang diblender serta perencah tomyam ADABI


Mula-mula panaskan minyak. Kemudian tumis bawang-bawang blender bersama cili padi dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan ayam dan udang, biarkan sehingga masak seketika. Setelah itu, masukkan fish ball dan bahan-bahan lain. Campurkan garam sedikit dan rasakan. Kemudian pecahkan telur dan kacau. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan nasi. Gaul rata dan apabila dah agak sebati tutupkan api dan hidangkan.

Senangkan, inilah resepi saya yang mudah dan cepat dimasak sedap dimakan.